Sunday, July 13, 2008

Sepi..

.......

My Beloved Boy..

Inilah Boy..sian dia..baru je sembuh dari demam selsema..asik terbersin je hari tu... Sblum tu plak 5 hari dia ddk wad sebab kne batu karang..sian dia..tak sangka plak aku, kucing leh kne batu karang..cam manusia jgk rupanye...moga2 boy dh x sakit lagi pasni..:)


Warkah - Bau (OST Sindarela TV3)


Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

Saturday, July 12, 2008

Buat Renungan Kita Bersama..:)

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja....
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada...
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
Cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... Tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
Yang kamu pasti baik untuk dirimu..Mengenyangkan..Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya..Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.. Menyayangimu.. Mengasihimu...
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain..