1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan- lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).
Wednesday, May 24, 2006
Sunday, May 21, 2006
kisah seorang anak.....
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya senyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan..satu hari...si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...
si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan itu yg dihajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya....
Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al- Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya x tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanya keras...al-Quran itu dihempaskan keatas meja bacaan...
si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah yahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat..cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh..Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...
Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah...sepucuk warkah tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....air mata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat...
Tuesday, May 09, 2006
pemandangan dari dalam bas...

lalu di km268.1 semalam, dr dlm bas 'cepat express'.. lg skali mmg buat jantung aku laju..hati pun berdebar-debar...huhu...rumput kat tempat kejadian mati...putih smuanya...kesan tayar masih ada..kaca pun masih bertebaran kt situ....syukur alhamdulillah aku selamat....ada org kata, seolah-olah rumput2 tu bertukar nyawa dgn aku...kete yg disayang2 slama ni pun bertukar nyawa jgk dgn aku....syukur Ya Allah sbb masih beri peluang pd diri aku utk melihat dunia ni lagi... =D
Friday, May 05, 2006
mati hidup smula


2 may 2006 - km268.1 lebuhraya utara-selatan...
takkan aku lupe tarikh ni dan apa yg berlaku..rasa mcm mati hidup smula...ke aku ni tgh bermimpi? ke aku mmg dh mati? isk...tgh type ni pun rs cm kpale x btul lagi..huhu.... pengalaman semasa kete berpusing dan melambung tu takkan aku lupakan dan akan aku hargai pengalaman yg susah nk dpt tu...
org yg tgk kejadian tu mmg ingat aku dh mati di tempat kejadian..tp alhamdulillah aku masih berada di sini...dengan kejadian ni baru aku nampak ramai lagi orang baik2 dlm dunia ni...dan ramai jugak yang sayangkan aku... =D hehe..thnx smua....
minta maaf klu ada msg2 n kol yg aku x angkat masa tu..nak jadikan cite time eksiden tu plak kredit takde n battery hp abis...
di sini aku nk ucapkan bebanyak trime kasih kat semua yg tolong aku time tu...
- mamat yang tolong kuarkan aku dr kete...
- en. norazlan yahya dan kawan-kawannya yg tolong kuarkan brg, tenangkan aku, tlg bwk aku gi klinik, tlg tepon mak, tlg bwk aku ke balai....dan yg penting, suh org2 penarik kete tu senyap n tak ganggu aku...
- org2 syarikat penarik kete yg menyerabutkan keadaan aku...
- mak..sbb memahami keadaan time tu...adek x salahkn sesiapa...tp maaf kete kesayangan mak dh hancur...maaf...
- en. talib sbb hantar mak ke balai..
- abg zuar...amik kputusan amik half day keje n trus dtg...minta maaf adek jahanamkn kete tu..
- abg jo...tak henti2 msg tny keadaan adk..
- sapil sbb hantar papa ke balai gak, tenangkn papa n bg semangat kat papa...
- Taj sbb amik keputusan nk dtg gak wlaupon tgh keje, amik half day, dtg temankan kat balai, ikut gi workshop, ikut gi hospital, bersadai kat umah paksu, maklang, angkut brg dr umah pakngah, temankan makan, bwk g jumpe ibu dan family papa, n last skali hantar ke uniten bersama en. sapil..
- makngah, paksu, maksu, maklang, yg sanggup dtg...nasib baik umah dekat...
- makteh, makcik & wan yg nk dtg dr jauh..tp x sempat sbb adk dh nk blk uniten...
- induk..
- ibu n abh papa & family papa yg lain..
- abg labu yg meriahkan suasana dr mak smpai kat balai, bersadai kt balai smpai settle psl kete kt workshop, n tunjukkan jalan ke hospital...
- elyas..thnx 4 ur concern..org pertama yg dtg...trus dtg bile tau sy eksiden, tolong angkat brg dr kete org plus ke kete en. talib, then angkut brg lg dr kete en. talib ke kete makngah...tlg bli topup n air utk sy dan mak..
- aida n yati coz x henti2 tny keadaan aku ok ke tak pd hr tu...
- kawan2 yg tolong signkan attendance masa 2 hari aku x dtg klas...
- lyana, mimi, aida n fifa lg skali....
- ina dan abg as....sbb risaukan sy sampai ke hari ni....
- angah n khairi..mcm2 korang ni...mcm dh jd operator kuarga masing2..thnx alot... =D
- kak mimi (tunang abg) dan kak liza (awek abg jo).... =D
- raja..thnx sbb sudi kol walau xde kredit...
- sapil, mas, Taj yg tlg bwk sy g amik ubat kat klinik kerajaan kat bangi keesokan harinya..
- kawan2 yg hantar msg kat hp, kat frenster tny psl keadaan sy...thnx...
- sapa2 yg terlibat hr tu..yg mungkin sy terlupa nk senaraikan kat sini...terima kasih banyak2....
Subscribe to:
Posts (Atom)