Ya Allah, ya Tuhanku..Tuhan Yang Amat Pengasih dan Amat Penyayang.
Ampunkan dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa kaum keluargaku,
serta dosa muslimin dan muslimat sekalian.
Ya Allah, ya Tuhanku…
Berikanlah aku petunjuk ke jalan yang ENGKAU redhai,
Berikanlah aku kekuatan dalam menempuh ujian Mu ini,
Sesungguhnya hamba-Mu ini insan yang amat lemah lagi kerdil,
Hanya pada Mu tempat aku berserah..
Bukalah pintu taubat untuk saudaraku,
Lembutkan hatinya supaya mengikut segala perintah Mu,
Berikanlah dia petunjuk ke jalan yang diredhai,
Redakan dendam yang bersarang dalam jiwanya…
Ya Allah…
Sekiranya benar apa yang ada di jiwaku ini kurniaan dari Mu,
KAU berikanlah petunjuk kepada hamba Mu ini…
Sekiranya ia jalan yang boleh membawa aku ke jalan yang ENGKAU murkai,
Jauhkanlah ia dari dalam jiwaku…
Sekiranya benar dia yang telah ditakdirkan untukku,
KAU rapatkanlah lagi hati kami berdua dalam mencari keredhaan Mu,
Gandakan perasaan takut kami terhadap Mu,
Supaya kami tidak terpesong dari jalan yang ENGKAU tetapkan…
Dan sekiranya dia bukan takdir untukku,
KAU jauhkan dia segera dari sisiku,
Hilangkan baying-bayangnya dia segera dari pandanganku,
Luputkan ia dari dalam mimpiku…
Hanya pada Mu tempat aku berserah…
Hanya pada Mu tempat aku memohon petunjuk…
Amin, amin…
Ya Rabbal Alamin…
No comments:
Post a Comment